1 Mac. 2009

Routine cendawan bermula lagi. Hanye buat maintenance biase…sementara bongkah tak berapa banyak ni, dapat la kami scan bongkah tu selalu…tengok2 kot ade kene penyakit.

Sebelah petang kami balik ke kampung untuk menjemput ibu and anak2 + makcik ku itu.


2 – 7 Mac, 2009

Memandangkan ni awal bulan…makanye ini adalah minggu menunaikan tanggungjawab membayar bill, school fees anak2, van sekolah etc.

Minggu ni cendawan progress berjalan as usual..maintenance, harvest, packing, jual..hasil tuaian pertama memang agak kurang, betul la spt ape yg da di tulis oleh blogger2 cendawan. And bongkah2 tu tidak mengeluarkan hasil secara serentak even dlm selang hari pon tidak…some da ade putik..some takde ape..some da boleh petik even tho from the same batch. Ade few batches bongkah dari rak2 yang berlainan kami da buka in different date. Each batch tak sekata mengeluarkan hasil…so what we do :

  1. Kami kumpulkan bongkah2 yg dituai pada hari tersebut menjadi 1 kumpulan di rak kosong yg lain..kdg2 dalam sehari tu ade la dalam 10-20 bag yg keluarkan hasil dr batch2 yg belainan.
  2. Bile da ade dalam 50-70 bag kami bersihkan sekali n tutup untuk rehat yang 10days tu. Kat tiang rak tu kite tampal la 1 kad. Kat kad tu letak 2 column with description ‘Tarikh Tutup’ , ‘Tarikh Buka’ buat dalam 8 line kosong. Ni saya buat ikut pembacaan di blog…1 bag ade life cycle dalam 7-8 kali. Sebab tu saya buat 8 line.

Seperti yang dirancang kami ke tempat Kak Wan lagi..beli 300bag + stopper..anggaran kos RM400.00. Pada petang tu kami bertolak ke Kg Perepat lagi…kali ni muat la 300 bag tu masuk keter…sorry yer byk entry takde pics yg dpt diambil utk di tunjukkan.

Hari ni sebenanye we all rushing da janji dgn mak and makcik yg 1 itu utk balik kampong kat Tg Karang..jadi lepas ambik bongkah sampai rumah makcik da sampai…bongkah2 tu pon tak sempat nak susun atas rak. Letak dalam rumah cendwan jer dulu. Hantar mak, lepak2 sekejap malam tu kami balik semula ke rumah. Malam tu juga kami susun semua bongkah2 ke atas rak.

So now we all ade almost 800 bags. Untuk saper2 yang baru mula nak menceburkan diri dalam bidang ni…bile da ade bongkah banyak ni pon da rase BEST! Trust me memang ada rase semangat bile tengok bongkah2 tu tersusun atas rak..walllaaaaa best nyeeee.

23 Feb, 2009

1st BatCH BuKAk StOPper

Aku cuti hari ni…so duduk dalam pondok cendawan bukak tutup (stopper) cendawan dalam 140 bag. Selain daripada tu adala bersih2 kan sket pondok tu…sambil check2 kot ade lagi bag sakit. Jumpe few bag yang kene kulat hijau..da asingkan.

Proses bukak stopper ni diteruskan pada hari2 seterusnye…cendawan ni ikut pembacaan aku, lepas bukak dalam 2
-3 hari da mula tumbuh..jadi aku kene schedule untuk bukak tutup tu supaya supply aku tak putus.


24 – 26 Feb, 2009



hArVEsT tImE..

Dalam tempoh ni da ade bongkah daripada yang 140 bag tu mula mengeluarkan hasil. Tuaian kami yang pertama pada 26 Feb 2009. Memandangkan ni harvest yg pertama kali utk batch ni, tak semua 140 bag tu mengeluarkan hasil secara serentak. Tuaian pertama dapat lah dalam sekilo lebih. Kami pack 100g dapat la 8 pack..selebihnya kami kene la rase kan hasil tuaian ni. 8 packs ni pria jual di kedai runcit. Harga seperti yang telah dipersetujui. Memikirkan bag2 kami yang ade ni macam tak cukup, we decide to buy another 300 bags yang sedia tuai dari Kak Wan.


27 Feb, 2009

Berhasil…

Umi my 1st officemate yang jadi customer. Jual kat dia 500g. Bile tengok packing yang kami buat kurang kemas (gune lilin untuk seal pack tu), petang tu beli sealer kat Tesco RM69..so lepas ni kemas la sikit packing yang kami buat. Nampaknye bongkah2 da mula rancak mengeluarkan hasil..the next day dapat jual 13 packs.

Dalam sibuk2 cendawan tu kami sempat buat keje lain. 1st time menceburkan diri dalam activity menjual di gerai kecil di UiTM Shah Alam sempena Auto Show kat situ. So on Fri night tu we all (me+pria+malina+pak tam) pi Bangi pinjam khemah+meja+bekas ais dari my bro in law. Lepas tu kami ke pasar borong Selangor. Beli serbuk dadih macam2 perisa+mineral water+air kotak+air tin+jambu+tembikai. Lepas tu hantar cousin aku balik kat KD.

On Saturday tu sangat2 bz..buat dadih dari pagi…petik kelapa buat kelapa jelly..beli sausage + roti untuk menu tambahan esok. Cousin@malina aku sampai da lewat yerrr..tapi memandangkan dia boss kan..tak leh komplen la…harus tak dapat gaji :-P

Sunday awal2 subuh kami da gerak ke UiTM…cari lokasi je da buat kami tawaf bekali2. Drift kat padang kawad yer…sampai2 jer kami tengok kat situ da ade tapak n khemah khas yg disediakan untuk peniaga2 berdaftar hahahhaa..ini mmg keje giler. Main redah jer, aku memang cuak dgn keje giler MALINA ni suke2 nak menjual tapi tak confirm tapak.."weh ko biar betul ni..yer jangan risau aku da call man bra (pdhal muka dia sendri pun biru mase tu).. at last dapat tapak yang memang special kat pit betul2 sebelah stage…seperti mane yang cousin aku nak..n gerai kami je terpacak kat situ. Bile krew2 UiTM or saper2 je la tanye jawab ape tawww..kami under event manager feinto-d namenye.

Mula operasi : Hotdog sangat lakuuu RM2.50 kosong ade sausage roti n sos. Tak menang tangan nak membungkus. Menjelang pukul 11am stock air kami da susut. Aku dengan pria balik Ijok ambik anak2 dan beli lagi air. Petang semua habis..kecuali dadih jer. Oww tips untuk pembuat dadih…tak ingat la ape name serbuk dadih yang jual kat pasar borong tu…kat kedai Balaji..murah memang murah RM3.90/kotak tapi hasilnye..alahaiiii..mengecewakan. Kelapa jelly tu percubaan kali ke 2..n jadi.


18 Feb, 2009



Petang tu dengan rasminya bongkah cendawan tu da dipindahkan ke pondok baru…thx to HAMID again. Malam tu jugak lepas balik keje aku susun bongkah-bongkah tu dengan pria.


03 Feb, 2009

bELi LaGi…

Nampaknya hasrat memindahkan tapak project kene buat segera, sebab pria memang tak pegi tengok pon bongkah2 tu. So hari ni balik keje malas nak piker lame aku pergi beli keperluan asas untuk buat rumah cendawan..memang takde budget tapi dah terdesak..so buat la pondok cendawan yang sangat2 mini sizenye dalam 10’ X 12’..tanah tepi rumah tu pun bukan luas. Beli kayu 2’ X 2’ , 1’ X 2’, batu block dalam 45 biji, simen 1 bag, paku, tiang batu 10’ + 12’. Anggaran kos RM370.00.


07 Feb, 2009

PoNDok Day 1

Dah 4 hari masa berlalu tapi pondok cendawan baru takde progress, bahan2 pondok terletak jer..tak leh jadi ni…nak tunggu orang sampai bile pulak. So pagi2 aku dah call kazen aku tanye lepas keje dia free ke tak? Sabtu kan halfday…nasib aku baik dia free. MInta tolong ni ajak pak tam tolong kami naikkan tiang pondok cendawan. CREDIT to my cousin MALINA n her soul mate PAK TAM. Naik la 4 tiang pada hari ini.


08 – 13 Feb, 2009

MaCAm-MAcAm jADi…

Pondok takde progress at all…yang ade progress perkara2 yang tak terpikir happened…ade makhluk tak pergi sekolah duduk rumah kami kat 145 Jln 9..ni dugaan selingan namenye. Kot diikutkan rase mau project ni aku tak teruskan..dah name pon dugaankan..terime seadanye. Bile kite nak initiate bende2 baik ni memang macam2 dugaan kot..


14 Feb, 2009

POndOK DaY 2

On Valentine Day kami...

Hari ni bangun pagi2 tak mau pikir bende lain, sambung buat pondok. Pagi2 pi beli simen 1 bag + paku payung (RM19.90). Lepas tu ajak teman setia aku pada hari ni..my son MIK teman pi angkut pasir depan masjid..da minta dengan pekerja kat situ nak amik pasir. Permission granted..ape lagi berulang alik la aku dengan miss grey 7077 angkut pasir. Malu? Malu la pasal pasir tu tepi main road…orang ingat kite rembat pasir plak..in the afternoon my cousin sampai with her soul-mate and beloved son Aiman. Tenkiu cousin…petang tu aku dengan P Tam + MALINA pergi rumah cendawan lame@Parit Mahang. Jumpe la my father in law. Bagi tau la nak pindahkan bongkah2 tu pasal takde orang nak tengok kat situ. Aku memang terhutang budi dengan HAMID yang baik hati tu yang tak lupe nak siram rumah cendawan tu sepanjang ketiadaan pria.

Lepas tu kami beli lagi kayu 1’ X 1’ untuk mengampu atap yang kami ambik drpd rumah in law. Atap lame, kami recyle untuk pondok cendawan. Kos beli kayu yg ni pulak RM170.00. Petang tu rak yang kami buat tu + atap sampai kat rumah. Kerja2 membuat pondok disambung sehingga ke malam. Kami mengejar waktu sebab kami semua kene keje esoknye.

Ntah mane silapnye..pria tak jenguk langsung rumah cendawan tu sejak lepas tukar tutup…CREDIT untuk HAMID yang baik hati tu..dia la yang jadi tukang siram rumah tu sepanjang ketiadaan pria. Dugaan awal la ni…takper..nampaknye aku kene cepat2 la cari solutions untuk perkara2 yang terjangka macam ni. Da la keje kat opis melambak nak kene pikir yang ini pulak..
Nak tak nak the only way yang aku nampak ialah memindahkan tapak project…tu duit lagi tu..
Lepas pikir n timbang segala sudut untuk jangkamasa panjang dan keselesaan smua orang..finally aku decide pindahkan tapak project kat umah kami je di Taman Bukit Badong.

Happy Chinese New Year to all my chinese fren. Today we plan to change the cap from sulat kabar lame to stopper untuk bongkah cendawan tu. Jenuh jugak 500 bag.


How to do it:


  1. Gunekan batang sudu yang dah di bersihkan (bebas kuman – kami rendam dalam dettol)
  2. Bile kertas da dibuka tu, bersih kan sedikit di bahagian mulut bongkah tu..korek la gune sudu tu..buang biji2 benih yang kering (jika adala) lepas tu tutup dengan stopper. Sepanjang proses menukar tutup tu memang ade kami jumpe biji2 benih yang da kering warna agak gelap) tapi ade juga bongkah yang Nampak putih je..tu miselium namenye kalo tak silap la.
  3. Sambil menukar tutup tu kite boleh la filter bongkah yang rosak or terkene jangkitan penyakit. Kami jumpe few bongkah kene penyakit hijau…sebahagian bongkah tu ade warna mcm hijau lumut kat miselium tu..ade yg mula dari atas dan tengah…ade jugak yang mula di bahagian bawah bongkah.
  4. Kami asingkan bongkah2 yg rosak tu kat tempat lain…tu panduan yang kami dapat daripada blogger2. Ikut pembacaan saya, kulat hijau ni terjadi kerana factor persekitaran…mmm kotor ke rumah ni? That day we all dah cucila dengan dettol lagi..confused!

11 Jan, 2009

ePisoD CeNdAwAN bERmULa

Hari ni kami bertolak ke Kg Perepat, Kapar. Pertama kali jumpe Kak Wan n Suami...sangat baik orangnye n supportive..banyak maklumat n guide yang dia beri, kire kursus jugak la ni.
Kami memulakan project ini dengan membeli 500 bongkah separuh matang beserta stopper 500 units. Harga untuk kedua2 item ni lebih kurang sama yang ditawarkan oleh blogger2/usahawan2 cendawan. Anggaran kos RM700.00. Bile nak loading bongkah tu we realized that tak muat la masuk dalam keter. Kene angkut naik lori..jadi kami tibe di
Pt Mahang da lewat, tak sempat nak susun
bongkah di raknye. Bongkah2 tu Kak Wan da susun elok2 dalam plastik secara melintang...kite yang tak pernah buat ni memang cuak boleh ke simpan bongkah tu semalaman dalam plastik. Call Kak Wan...takper takde masalah :) kata Kak Wan.



12 Jan, 2009

bOnGkAH dAn RaK

I'm on leave today...so pagi2 da bangun dengan semangatnye nak memulakan tugas cendawan.
Hari ni bongkah da disusun atas rak. Semua mulut bongkah bertutup dengan paper n diikat dgn getah..Kak Wan pesan in 2 weeks time baru bukak kertas tu tukar dengan stopper (dengan menukar tutup ini, kami dpt la mengawal pengeluaran cendawan dan membuat giliran bg 500 bongkah ini). So sementara ni memang kami free la. Pria cume perlu siram lantai di bilik cendawan setiap hari..kekerapan bergantung pada cuaca..kalau panas sangat maybe dlm 2-3 kali sehari, kalau tak sekali je la. Caranya...siramkan jer atas atas lantai simen bilik cendawan tu. Jangan siram pulak bongkahnye.

* Bongkah juga disebut sebagai bag media

Actually ade few pics nak upload for this entry ni n entry lepas, tried many times tp ntah la its either aku yg tak reti nak upload or website ni mmg kurang helpful..by the way ni 1st time buat blog memang banyakla bende tak tau kan *sigh*..anyway nanti bile da tau i'll upload da pics.

Perancangan dah rapi..modal untuk memulakan project menunggu hari...tugas aku dan pria sekarang ialah :

  1. Merancang di mane nak meletakkan tapak project ini. Ikut kate hati aku buat je kat umah sendri..sebelah umah selain daripada mudah nak memantau..cost pon dapat dijimatkan (tu kate aku). Tapi pria nak buat kat tapak pilihannye..dekat belakang rumah parents dia..takpe la. Asalkan dia bahagia kan. So tapak project secara rasminya kat Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor.
  2. Mencari maklumat mane nak dapatkan supply. Kami merancang untuk membeli bongkah separuh matang. Terima kasih pada perkhidmatan JALUR LEBAR :) memudahkan keje aku..supplier yang menjadi pilihan Kak Wan Suhaida daripada Kg Perepat Kapar..tak jauh dari tempat kami. Lepas email..dapat contact no..terus call untuk pricing n kate sepakat da dapat..order 500 bag media@bongkah separuh matang.
  3. Menyediakan basic keperluan rumah cendawan. Rumah da ada..tinggal lagi beli kayu untuk rak n net hitam. Kami beli dan segulung kayu 1' X 2' harga lebih kurang RM0.45/ft dan net hitam 70% harga dalam RM70/gulung. Untuk rak kami beli dalam 20 batang kayu 10ft. Anggaran kos RM160.00
  4. Rumah cendawan juga perlu 'dinyahkumankan'…kami basuh rumah dan rak menggunakan dettol. Wahhh bersihh…

Newer Posts Older Posts Home