SiRi CEnDawAN

23 Feb, 2009

1st BatCH BuKAk StOPper

Aku cuti hari ni…so duduk dalam pondok cendawan bukak tutup (stopper) cendawan dalam 140 bag. Selain daripada tu adala bersih2 kan sket pondok tu…sambil check2 kot ade lagi bag sakit. Jumpe few bag yang kene kulat hijau..da asingkan.

Proses bukak stopper ni diteruskan pada hari2 seterusnye…cendawan ni ikut pembacaan aku, lepas bukak dalam 2
-3 hari da mula tumbuh..jadi aku kene schedule untuk bukak tutup tu supaya supply aku tak putus.


24 – 26 Feb, 2009



hArVEsT tImE..

Dalam tempoh ni da ade bongkah daripada yang 140 bag tu mula mengeluarkan hasil. Tuaian kami yang pertama pada 26 Feb 2009. Memandangkan ni harvest yg pertama kali utk batch ni, tak semua 140 bag tu mengeluarkan hasil secara serentak. Tuaian pertama dapat lah dalam sekilo lebih. Kami pack 100g dapat la 8 pack..selebihnya kami kene la rase kan hasil tuaian ni. 8 packs ni pria jual di kedai runcit. Harga seperti yang telah dipersetujui. Memikirkan bag2 kami yang ade ni macam tak cukup, we decide to buy another 300 bags yang sedia tuai dari Kak Wan.


27 Feb, 2009

Berhasil…

Umi my 1st officemate yang jadi customer. Jual kat dia 500g. Bile tengok packing yang kami buat kurang kemas (gune lilin untuk seal pack tu), petang tu beli sealer kat Tesco RM69..so lepas ni kemas la sikit packing yang kami buat. Nampaknye bongkah2 da mula rancak mengeluarkan hasil..the next day dapat jual 13 packs.

Newer Post Older Post Home