Rumah cendawan masih lagi beroperasi seperti biasa. Masalah kami masih tidak dapat di atasi. Hmm..ape puncanye? Mase yg tak cukup ke, kakitangan yg da takde mase ke, semangat yang da hilang ke..ape? Semua tu ade betulnya..tp major nya..ini lah akibat kerja suke bertangguh2. Bila ade je mase yg sikit terluang..kami lebih besar kan 'berehat' yg konon2 kurang rehat dan ceter2 kat astro byk sgt yg nak di tengok..sigh. Kepada pengusaha2 baru..berdasarkan ape yg dah kami lalui..nasihat kami jangan mulakan sikap suka menangguhkan kerja..sbbnye bile sikap ni dah ade dlm diri..teramat lah susah nak dikikis..lps tu sakit MALAS pon datang. Bile kerja2 da byk sgt di delay2 atas sebab2 yg tak berapa penting..maka secara tak langsung penyakit MALAS tu datang secara pakej. So DELAY+MALAS = SGT BANYAK KERJA TAK SIAP..lps tu mula la TENSION. Asal masuk je rumah cendawan rase tension sbb tengok keadaan rumah cendawan yg sgt2 tak terurus. Keadaan bongkah tunggang langgang dengan kerja yg nak dibuat terlampau banyak..semangat tu mcm terbang ke mana. Ditambah pulak dgn bongkah2 sakit yang bertambah dr hari ke hari. Antara kerja2 cendawan yg mmg tak boleh ditangguh adalah pengurusan bukak tutup cap rehat. Ini sgt penting. Ape yg kami nampak hasil dr sikap tangguh kerja yg kami amalkan ni..banyak bongkah2 rosak. Rosak ni bkn disbbkan jangkitan hijau/oren/hitam/hama 100%..yg kami nampak ialah bila lepas harvest tu kite tak tutup bongkah tu sampai berhari2 (kadang2 sampai keluar hasil semula), serangga sangat suka masuk dlm bongkah tu. Serangga ni mcm2 jenis..lipas pun suka. Agaknya serangga ni tertarik pada sisa2 cendawan yg tak keluar habis mase kita tarik cendawan tu keluar..mcm kenduri la serangga2 tu. Bila da masuk tu bukan setakat makan sisa2 cendawan tu, dia siap bersarang dan beranak pinak dlm bongkah..tu yg kami nampak dibahagian mulut bongkah menjadi warna cokelat gelap dan nampak basah/lembab. Kalau di perhatikan betul2 ade ulat kecil2 dlm nya. Bile kami nak tutup bongkah tu, kami kene korek bhgn depan tu buang yg warna cokelat dan bahagian yg lembab tu..baru tutup. Elok2 kerja tak susah sgt nak buat dah jd susah. Kalau kami tak buang dulu bahagian yg dah lembab tu..ulat2 kecil tu akan bergerak ke bahagian dlm bongkah sehingga ke dasarnya. Miselium pon lama2 hilang di makannya. Ini adalah antara masalah yg akan anda hadapi kalau suka tangguh kerja :)

Dalam pada cerita masalah..ade la juga yg peristiwa manis yg kami dpt. Kami berjaya mendapat contract utk membekalkan cendawan kepada sebuah restoren di Shah Alam. Walau pon contract nye kecil tp kami sgt menghargainya dan bersyukur kerana pintu rezeki masih dibukakan utk kami. Dalam masa terdekat ni..insyaallah kami akan menambah bongkah lagi sebab bongkah yg ade tu almost expired. Da kurang hasilnya. Kelam kabut jg nak arrange bekalan kpd pembeli2 regular kami.




Cepat sungguh mase berlalu...sedar2 da hampir hujung Jan 2010. Nak ucap selamat tahun baru pon da basi.
Even da masuk tahun baru...kami masih lg kelam kabut nak schedule kerja2 di rumah cendawan...hmmm time management failed sungguh. Macam kene attend time management course jer ni. Situasi rumah cendawan kami semakin haru biru..gara2 pengurusan kami yg tidak teratur atas alasan mase yg tak cukup (heyyy ye ke mase tak cukup or ni la gara2 suke delay kerja..sigh). Kebanyakkan weekend kami masih di habis kan di Tg Karang..so confirm la weekend tak masuk rumah cendawan. Ada juga la kami skip balik Tg Karang or just hantar mak balik then kami balik ke Ijok..penat sehh. Lg pulak husband pon da mula kerja baru...semakin huru hara la pengurusan rumah cendawan kami. Both of us selalu sampai rumah da malam..if tak penat, mood pon ok..boleh la kami sambung bekerja dlm rumah cendawan..tp at our age ni (kami ni da tua)..hampehs..selalu balik kerja tu da mcm nak pengsan..penat dgn sehari suntuk berkerja..balik tu menempuh jam lg. Perkara2 mcm ni la agaknya yg mesti di ambil kira kepada siape2 yg nak mulakan projek cendawan..kalau da dua2 bekerja sepertinya agak susah sikit nak manage. Masalah utama kami adalah proses menutup dan buka cap rehat. Biase lepas harvest tu kami tak terus cuci bag tu..delay2 sampai tak tertutup. Kdg2 sempat la bag yg tak rehat tu mengeluarkan semula hasil. Nak bukak cap rehat pon selalu terlupe...biasenye ni kes terlepas pandang schedule yg kami da tampal kat tiap rak..selain tu husband selalu lupa nak terus update tarikh tutup dan bukak. Harap2 kami dpt la mengatasi time management problem ni dgn kadar segera.


Newer Posts Older Posts Home