Happy Chinese New Year to all my chinese fren. Today we plan to change the cap from sulat kabar lame to stopper untuk bongkah cendawan tu. Jenuh jugak 500 bag.
How to do it:
- Gunekan batang sudu yang dah di bersihkan (bebas kuman – kami rendam dalam dettol)
- Bile kertas da dibuka tu, bersih kan sedikit di bahagian mulut bongkah tu..korek la gune sudu tu..buang biji2 benih yang kering (jika adala) lepas tu tutup dengan stopper. Sepanjang proses menukar tutup tu memang ade kami jumpe biji2 benih yang da kering warna agak gelap) tapi ade juga bongkah yang Nampak putih je..tu miselium namenye kalo tak silap la.
- Sambil menukar tutup tu kite boleh la filter bongkah yang rosak or terkene jangkitan penyakit. Kami jumpe few bongkah kene penyakit hijau…sebahagian bongkah tu ade warna mcm hijau lumut kat miselium tu..ade yg mula dari atas dan tengah…ade jugak yang mula di bahagian bawah bongkah.
- Kami asingkan bongkah2 yg rosak tu kat tempat lain…tu panduan yang kami dapat daripada blogger2. Ikut pembacaan saya, kulat hijau ni terjadi kerana factor persekitaran…mmm kotor ke rumah ni? That day we all dah cucila dengan dettol lagi..confused!
Labels: Menguruskan Bongkah Cendawan , Projek Cendawan
11 Jan, 2009
ePisoD CeNdAwAN bERmULa
Hari ni kami bertolak ke Kg Perepat, Kapar. Pertama kali jumpe Kak Wan n Suami...sangat baik orangnye n supportive..banyak maklumat n guide yang dia beri, kire kursus jugak la ni.
Kami memulakan project ini dengan membeli 500 bongkah separuh matang beserta stopper 500 units. Harga untuk kedua2 item ni lebih kurang sama yang ditawarkan oleh blogger2/usahawan2 cendawan. Anggaran kos RM700.00. Bile nak loading bongkah tu we realized that tak muat la masuk dalam keter. Kene angkut naik lori..jadi kami tibe di
Pt Mahang da lewat, tak sempat nak susun bongkah di raknye. Bongkah2 tu Kak Wan da susun elok2 dalam plastik secara melintang...kite yang tak pernah buat ni memang cuak boleh ke simpan bongkah tu semalaman dalam plastik. Call Kak Wan...takper takde masalah :) kata Kak Wan.
12 Jan, 2009
bOnGkAH dAn RaK
I'm on leave today...so pagi2 da bangun dengan semangatnye nak memulakan tugas cendawan.
Hari ni bongkah da disusun atas rak. Semua mulut bongkah bertutup dengan paper n diikat dgn getah..Kak Wan pesan in 2 weeks time baru bukak kertas tu tukar dengan stopper (dengan menukar tutup ini, kami dpt la mengawal pengeluaran cendawan dan membuat giliran bg 500 bongkah ini). So sementara ni memang kami free la. Pria cume perlu siram lantai di bilik cendawan setiap hari..kekerapan bergantung pada cuaca..kalau panas sangat maybe dlm 2-3 kali sehari, kalau tak sekali je la. Caranya...siramkan jer atas atas lantai simen bilik cendawan tu. Jangan siram pulak bongkahnye.
* Bongkah juga disebut sebagai bag media
Labels: kos , Projek Cendawan
Perancangan dah rapi..modal untuk memulakan project menunggu hari...tugas aku dan pria sekarang ialah :
- Merancang di mane nak meletakkan tapak project ini. Ikut kate hati aku buat je kat umah sendri..sebelah umah selain daripada mudah nak memantau..cost pon dapat dijimatkan (tu kate aku). Tapi pria nak buat kat tapak pilihannye..dekat belakang rumah parents dia..takpe la. Asalkan dia bahagia kan. So tapak project secara rasminya kat Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor.
- Mencari maklumat mane nak dapatkan supply. Kami merancang untuk membeli bongkah separuh matang. Terima kasih pada perkhidmatan JALUR LEBAR :) memudahkan keje aku..supplier yang menjadi pilihan Kak Wan Suhaida daripada Kg Perepat Kapar..tak jauh dari tempat kami. Lepas email..dapat contact no..terus call untuk pricing n kate sepakat da dapat..order 500 bag media@bongkah separuh matang.
- Menyediakan basic keperluan rumah cendawan. Rumah da ada..tinggal lagi beli kayu untuk rak n net hitam. Kami beli dan segulung kayu 1' X 2' harga lebih kurang RM0.45/ft dan net hitam 70% harga dalam RM70/gulung. Untuk rak kami beli dalam 20 batang kayu 10ft. Anggaran kos RM160.00
- Rumah cendawan juga perlu 'dinyahkumankan'…kami basuh rumah dan rak menggunakan dettol. Wahhh bersihh…
Labels: keperluan asas rumah cendawan , Projek Cendawan
Setelah sekian lame pria ku itu membeli getah...dengan rasminya getah telah diambil alih pada hari ini 24 Dec 2008 without any sign. Tak perlu komen panjang..Isn't it certain things better left unsaid? Anggap je bukan rezeki kami lagi..yang pasti peristiwa ini lah menjadi titik tolak aku memulakan project cendawan tiram kelabu. At first jenuh juga memikir ape yang nak dibuat untuk pria yang satu ini. Hasil daripada surfing dan menilai beberape hari...akhirnye CONFIRMED buat PROJECT CENDAWAN secara mini (mini aku ni betul2 pada skala yg sgt kecil)
For the whole week kerja aku hari2 meng'google' segala jenis info pasal cendawan. Banyak juga data2 yang telah dicompilekan untuk menjadi bahan rujukan sang pria. Now his part la pulak to read and to understand the whole process about this project. Kami tidak menghadiri sebarang kursus sebab tiada budget untuk kursus..walaupon daripada blogger2 cendawan kebanyakkannye bermula dengan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh usahawan2 cendawan...kami terpaksa mengenepikan keperluan itu kerana kami betul2 tiada modal.
WhY Must CeNDaWan?
Mmmmm...daripada pembacaan di blog2 yang ade..rumusan yang aku buat kenapa nak buat project tanam cendawan :
- Boleh mulakan dengan seberapa modal yang mampu.
- Boleh buat dimane2 (ni penting untuk orang yang takde tanah dan duduk di taman perumahan)
- Boleh buat secara 'solo' (tak payah la pakai pekerje di peringkat macam aku ni)
- Tak memerlukan masa yang panjang (ni sangkaan aku before the project started)
- Pasaran tak berape susah
- Berisiko rendah...kot2 tak laku aku plan makan sendri je :-P
PeNGuMPuLAn MODAL bErMULa
Selain daripada merancang project ni...aku kene pikir juga pasal modal permulaan..kumpul2 sane sini berserta doa serta kesungguhan..Allah swt telah memudah kan perjalanan awal project ini..alhamdulillah..
Labels: Pria , Projek Cendawan

