11 Jan, 2009

ePisoD CeNdAwAN bERmULa

Hari ni kami bertolak ke Kg Perepat, Kapar. Pertama kali jumpe Kak Wan n Suami...sangat baik orangnye n supportive..banyak maklumat n guide yang dia beri, kire kursus jugak la ni.
Kami memulakan project ini dengan membeli 500 bongkah separuh matang beserta stopper 500 units. Harga untuk kedua2 item ni lebih kurang sama yang ditawarkan oleh blogger2/usahawan2 cendawan. Anggaran kos RM700.00. Bile nak loading bongkah tu we realized that tak muat la masuk dalam keter. Kene angkut naik lori..jadi kami tibe di
Pt Mahang da lewat, tak sempat nak susun
bongkah di raknye. Bongkah2 tu Kak Wan da susun elok2 dalam plastik secara melintang...kite yang tak pernah buat ni memang cuak boleh ke simpan bongkah tu semalaman dalam plastik. Call Kak Wan...takper takde masalah :) kata Kak Wan.



12 Jan, 2009

bOnGkAH dAn RaK

I'm on leave today...so pagi2 da bangun dengan semangatnye nak memulakan tugas cendawan.
Hari ni bongkah da disusun atas rak. Semua mulut bongkah bertutup dengan paper n diikat dgn getah..Kak Wan pesan in 2 weeks time baru bukak kertas tu tukar dengan stopper (dengan menukar tutup ini, kami dpt la mengawal pengeluaran cendawan dan membuat giliran bg 500 bongkah ini). So sementara ni memang kami free la. Pria cume perlu siram lantai di bilik cendawan setiap hari..kekerapan bergantung pada cuaca..kalau panas sangat maybe dlm 2-3 kali sehari, kalau tak sekali je la. Caranya...siramkan jer atas atas lantai simen bilik cendawan tu. Jangan siram pulak bongkahnye.

* Bongkah juga disebut sebagai bag media

Actually ade few pics nak upload for this entry ni n entry lepas, tried many times tp ntah la its either aku yg tak reti nak upload or website ni mmg kurang helpful..by the way ni 1st time buat blog memang banyakla bende tak tau kan *sigh*..anyway nanti bile da tau i'll upload da pics.

Newer Post Older Post Home