Perancangan dah rapi..modal untuk memulakan project menunggu hari...tugas aku dan pria sekarang ialah :
- Merancang di mane nak meletakkan tapak project ini. Ikut kate hati aku buat je kat umah sendri..sebelah umah selain daripada mudah nak memantau..cost pon dapat dijimatkan (tu kate aku). Tapi pria nak buat kat tapak pilihannye..dekat belakang rumah parents dia..takpe la. Asalkan dia bahagia kan. So tapak project secara rasminya kat Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor.
- Mencari maklumat mane nak dapatkan supply. Kami merancang untuk membeli bongkah separuh matang. Terima kasih pada perkhidmatan JALUR LEBAR :) memudahkan keje aku..supplier yang menjadi pilihan Kak Wan Suhaida daripada Kg Perepat Kapar..tak jauh dari tempat kami. Lepas email..dapat contact no..terus call untuk pricing n kate sepakat da dapat..order 500 bag media@bongkah separuh matang.
- Menyediakan basic keperluan rumah cendawan. Rumah da ada..tinggal lagi beli kayu untuk rak n net hitam. Kami beli dan segulung kayu 1' X 2' harga lebih kurang RM0.45/ft dan net hitam 70% harga dalam RM70/gulung. Untuk rak kami beli dalam 20 batang kayu 10ft. Anggaran kos RM160.00
- Rumah cendawan juga perlu 'dinyahkumankan'…kami basuh rumah dan rak menggunakan dettol. Wahhh bersihh…
Labels: keperluan asas rumah cendawan , Projek Cendawan
Comments for this post
All comments