Happy Chinese New Year to all my chinese fren. Today we plan to change the cap from sulat kabar lame to stopper untuk bongkah cendawan tu. Jenuh jugak 500 bag.


How to do it:


  1. Gunekan batang sudu yang dah di bersihkan (bebas kuman – kami rendam dalam dettol)
  2. Bile kertas da dibuka tu, bersih kan sedikit di bahagian mulut bongkah tu..korek la gune sudu tu..buang biji2 benih yang kering (jika adala) lepas tu tutup dengan stopper. Sepanjang proses menukar tutup tu memang ade kami jumpe biji2 benih yang da kering warna agak gelap) tapi ade juga bongkah yang Nampak putih je..tu miselium namenye kalo tak silap la.
  3. Sambil menukar tutup tu kite boleh la filter bongkah yang rosak or terkene jangkitan penyakit. Kami jumpe few bongkah kene penyakit hijau…sebahagian bongkah tu ade warna mcm hijau lumut kat miselium tu..ade yg mula dari atas dan tengah…ade jugak yang mula di bahagian bawah bongkah.
  4. Kami asingkan bongkah2 yg rosak tu kat tempat lain…tu panduan yang kami dapat daripada blogger2. Ikut pembacaan saya, kulat hijau ni terjadi kerana factor persekitaran…mmm kotor ke rumah ni? That day we all dah cucila dengan dettol lagi..confused!

11 Jan, 2009

ePisoD CeNdAwAN bERmULa

Hari ni kami bertolak ke Kg Perepat, Kapar. Pertama kali jumpe Kak Wan n Suami...sangat baik orangnye n supportive..banyak maklumat n guide yang dia beri, kire kursus jugak la ni.
Kami memulakan project ini dengan membeli 500 bongkah separuh matang beserta stopper 500 units. Harga untuk kedua2 item ni lebih kurang sama yang ditawarkan oleh blogger2/usahawan2 cendawan. Anggaran kos RM700.00. Bile nak loading bongkah tu we realized that tak muat la masuk dalam keter. Kene angkut naik lori..jadi kami tibe di
Pt Mahang da lewat, tak sempat nak susun
bongkah di raknye. Bongkah2 tu Kak Wan da susun elok2 dalam plastik secara melintang...kite yang tak pernah buat ni memang cuak boleh ke simpan bongkah tu semalaman dalam plastik. Call Kak Wan...takper takde masalah :) kata Kak Wan.



12 Jan, 2009

bOnGkAH dAn RaK

I'm on leave today...so pagi2 da bangun dengan semangatnye nak memulakan tugas cendawan.
Hari ni bongkah da disusun atas rak. Semua mulut bongkah bertutup dengan paper n diikat dgn getah..Kak Wan pesan in 2 weeks time baru bukak kertas tu tukar dengan stopper (dengan menukar tutup ini, kami dpt la mengawal pengeluaran cendawan dan membuat giliran bg 500 bongkah ini). So sementara ni memang kami free la. Pria cume perlu siram lantai di bilik cendawan setiap hari..kekerapan bergantung pada cuaca..kalau panas sangat maybe dlm 2-3 kali sehari, kalau tak sekali je la. Caranya...siramkan jer atas atas lantai simen bilik cendawan tu. Jangan siram pulak bongkahnye.

* Bongkah juga disebut sebagai bag media

Actually ade few pics nak upload for this entry ni n entry lepas, tried many times tp ntah la its either aku yg tak reti nak upload or website ni mmg kurang helpful..by the way ni 1st time buat blog memang banyakla bende tak tau kan *sigh*..anyway nanti bile da tau i'll upload da pics.

Perancangan dah rapi..modal untuk memulakan project menunggu hari...tugas aku dan pria sekarang ialah :

  1. Merancang di mane nak meletakkan tapak project ini. Ikut kate hati aku buat je kat umah sendri..sebelah umah selain daripada mudah nak memantau..cost pon dapat dijimatkan (tu kate aku). Tapi pria nak buat kat tapak pilihannye..dekat belakang rumah parents dia..takpe la. Asalkan dia bahagia kan. So tapak project secara rasminya kat Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor.
  2. Mencari maklumat mane nak dapatkan supply. Kami merancang untuk membeli bongkah separuh matang. Terima kasih pada perkhidmatan JALUR LEBAR :) memudahkan keje aku..supplier yang menjadi pilihan Kak Wan Suhaida daripada Kg Perepat Kapar..tak jauh dari tempat kami. Lepas email..dapat contact no..terus call untuk pricing n kate sepakat da dapat..order 500 bag media@bongkah separuh matang.
  3. Menyediakan basic keperluan rumah cendawan. Rumah da ada..tinggal lagi beli kayu untuk rak n net hitam. Kami beli dan segulung kayu 1' X 2' harga lebih kurang RM0.45/ft dan net hitam 70% harga dalam RM70/gulung. Untuk rak kami beli dalam 20 batang kayu 10ft. Anggaran kos RM160.00
  4. Rumah cendawan juga perlu 'dinyahkumankan'…kami basuh rumah dan rak menggunakan dettol. Wahhh bersihh…

Newer Posts Older Posts Home