27 April, 2009


Maklumat ni aku copy n paste dr website http://cendawandungun.blogspot.com/
Khas utk mereka2 diluar sane yg baru2 menceburkan diri dlm bidang ni and masih blur2 mcm aku…antara rujukan yang aku suke refer mase nak buat cendawan ni..adalah website ni…jelas sempoi…meh share…harap owner cendawandungun tak marah la aku cut n paste maklumat dr website dia ni…khas utk smua pengusaha cendawan yg baru berjinak2 dan masih mencari2 maklumat:-

Prosedur Memulakan Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu

1. Kenalpasti lokasi tapak bangsal cendawan..tiada berlaku banjir.

1,000 bongkah 2m x 3m
2,000 bongkah 3m x 4m
3,000 bongkah 4m x 5m
4,000 bongkah 5m x 6m

2. Siapkan Bangsal cendawan, rak, dan peralatan

3. Beli bahan mentah

Dinasihat supaya beli bongkah matang (sedia dibuka) bagi yang baru nak mula projek. Sekurangnya 1000 bongkah matang supaya anda boleh belajar selok-belok pengeluaran hasil cendawan tanpa mengeluarkan modal yang banyak.

4. Penjagaan Rumah Cendawan

Sentiasa bersihkankan rumah cendawan untuk kurangkan penyakit dan serangga. Monitor kelembapan dan cahaya.

5. Periksa jangkitan kulat perosak dan penyakit Periksa paling kurang 2 kali seminggu.

6. Menuai hasil, kutip cendawan 2 atau 3 kali sehari utunuk mendapat cendawan yang muda dan segar.

7. Jualan dan pemasaran

Jual terus atau supply kat hotel dan kedai makan. Sentiasa respon kepada harga dan permintaan pelanggan.

8. Simpan rekod

Rekod penting untuk kita tahu keuntungan yang diperolehi dan kos2 yang terlibat.


Harga Pasaran

Ada pengusaha tertanya-tanya…berapa harga nak jual? Kat mana nak jual? Tu maslah biasa bagi yang baru nak mula tanam cendawan ni…nak jual mahal takut tak laku. So, ni ada tip untuk anda…

Berapa harga nak jual?


• Harga pasaran RM 8-15 sekilo….siasat dulu harga sekita kawasan anda..jika pengusaha lain jual RM10/kg..anda kena la jual sama jugak..tak perlu nak jatuh harga orang lain

• Boleh jual pack dgn plastik saiz 7x10x06..1 pack 100g atau 1 pack 80g…anda boleh jual 5 pack RM5 atu 6 pack RM5..bergantung kepada berat tiap pack.
Kat mana nak jual?

• Kedai makan atau kedai tomyam
• Sekolah
• Restauran
• Pasaraya
• Hotel
• Kedai runcit basah
• Pasar tani
• Pasar malam
• Pasar basah
• Jiran atau kawasan rumah anda

Anda juga perlu kenal pengusaha lain sekitar anda kerana jika anda tidak cukup bekalan anda boleh beli dengan mereka atau sebaliknya supaya pelanggan anda tidak lari. Digalakkan buat kerjasama dengan pengusaha lain dari segi pasaran dan harga supaya masing2 boleh cari makan.


Masalah dan cara penyelesaian

Penanaman cendawan juga mengalami masalah yang boleh merugikan dan melemahkan semangat pengusaha. Tetapi sebarang masalah mesti ada sebab dan cara untuk menyelesaikannya. Disini terdapat beberapa masalah yang dihadapi, punca dan cara untuk mengatasinya.

Mesilia gagal untuk berkembang
Air klorin atau air kotor -----guna air telaga atau peram air paip semalaman
Bahan mentah rosak---- pastikan bahan mentah elok dan segar
Kukus tidak sempurna----pastikan kukus 7-8 jam
Beg media panas----biarkan sejuk baru suntik benih
Benih tidak berkualiti
Lupa nak suntik benih

Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan
Formula media tidak betul----ubah formula, periksa pH, habuk kayu, dedak
Serangga, kulat perosak, virus, bacteria dan hama---periksa proses kukus, suntik benih, dan kebersihan rumah cendawan
Benih tidak berkualiti---dapatkan dan pembekal lain
Cendawan terbentuk, tetapi payung tidak terbentuk
Cahaya tidak cukup---ubah cahaya dalam rumah cendawan
Pengudaraan tidak sempurna----tingkatkan pertukaran udara luar dan dalam

Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembang
Masa peram terlalu lama
Cahaya kurang
Media campuran berkualiti rendah
Kadar pentumbuhan mesilia kurang—benih kurang
Benih tidak berkualiti

cendawan gagal tumbuh pada pusingan kedua
formula campuran tidak betul
benih tidak berkualiti

saiz cendawan kecil
terlalu banyak anak cendawan tumbuh
formula tidak betul
benih tidak berkualiti

cendawan ringan—periksa kelembapan semasa gaul media
cendawan cepat rosak
cendawan dikutip terlalu tua—kutip yang muda sebelum tepi berombak
cendawan suam sebelum pek—sejukkan dulu baru bungkus dalam plastic
cendawan lembap-cendawan disimpan terlalu lama

bintik2 kuning pada cendawan
serangan bakteria---periksa kelembapan dan rumah cendawan 80-85%



Newer Post Older Post Home