Setelah entry pengetahuan asas mengenai cendawan semalam, hari ni tibelah enrty untuk belajar mengenai proses penanaman cendawan yang betul (actually da update dlm entry2 lepas..cume penyampaian kurang teratur n entry ni khas utk mereka2 yg tak sempat dan tak de mase nak go thru 1 by1 entry aku psl proses penanaman cendawan tu)


Pendahuluan

Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi, ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakkan.

Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.


PROSES PENANAMAN CENDAWAN

1. PENYEDIAAN BEG CENDAWAN ATAU BONGKAH

Bahan-bahan:
Habuk Kayu Getah
Dedak Halus
Kapur Pertanian

Peralatan:
Beg Plastik PP (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm) istilah lain ‘neck’
Penutup

Cara-cara membuat bag cendawan:

  1. Gaulkan semua bahan (habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian) pada kadar 100:10:1
  2. Campurkan air sehingga campuran bahan menjadi lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
  3. Masukkan campuran bahan yg telah sebati ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
  4. Pasangkan gegelang PVC (neck) dan tutup dengan penutup


2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN ATAU BONGKAH

Peralatan:
Tong Drum
Set Dapur Gas

Cara-cara mengukus:
  1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu sebagai pelapik pelantar dan dawai jaring atau kayu sebagai pelantar) ke dalam tong drum.
  2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
  3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
  4. Kukus 5-6 jam.
  5. Sejukkan sebelum disuntik benih.


3. PENYUNTIKAN BENIH

Peralatan:
Benih Cendawan
Pencungkil Benih
Surat khabar lama
Getah gelang

Cara-cara menyuntik benih:
  1. Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
  2. Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
  3. Buka mulut beg cendawan (cabut penutup) dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan menggunakan kertas surat khabar lama yg telah dipotong dan diikat dengan getah.
  4. Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung daricahaya matahari)
  5. Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-50 hari selepas disuntik benih).


4. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI

  1. Setelah meisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
  2. Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
  3. Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan., bersihkan sisa2 pangkal cendawan yang tertinggal dan rehatkan bag cendawan dengan cara menutup mulut cedawan dengan penutup selama 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering an panas.
  4. Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil
  5. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak).
  6. Jalankan penjagaan seperti no.3 dan seterusnya.
  7. Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
  8. Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur sekeliling pokok sebagai baja organan.


5. MEMUNGUT HASIL

  1. Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikankelembapan dan merendahkan suhu.
  2. Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
  3. Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

Note : (Hasil rujukan daripada http://mush-room.blogdrive.com/ , terdapat sedikit
editing yang da aku buat utk menyesuaikan dengan pengalaman yg da aku lalui)


Newer Post Older Post Home