Kenape eh gune bag plastic PP ni…susah nak cari tau, kalo setakat area aku kat Ijok tu mmg tak dapat la. So far aku beli dr Kak Wan jer…cost nye 1kg lebih kurang RM9.50. Pastu tak boleh ke buat dalam bekas lain selain plastik ni? Pakai plastik yg besar n buat mulut bag cendawan tu besar sure lagi byk hasil nye yang keluar kan? Gune bekas plastic yg ala-ala tupperware tu ke tahan panas and boleh recyle gak….mmmm puas surfing and finally aku jumpe 1 web yg turut menanyekan soklan yg same gitu n yg best siap ade jawapan di beri oleh seorang pengusaha cendawan juga http://myspores.blogspot.com/ yang telah merungkaikan persoalan ni…jawapannya ialahhhh (ni aku mmg cut n paste, tanpa editing) ;

"Memang betul pengusaha-pengusaha di luar sana menggunakan palbagai kaedah di dalam pembuatan bongkah seperti plastik besar, tanpa bekas, bekas plastik dan sebagainya sebagai bekas @ “container” medium. saya cuba beri jawapan berdasarkan pengamatan saya. antara sebab musababnya ialah faktor kos, tempat, dan kuasa pengeluaran. apapun setiap bekas ada kelebihan dan kekurangan

Plastik PP:
anggaran medium lebih kurang 1 kilogram. harga plastik PP berada di dalam lingkungan murah. merupakan jenis plastik yang paling banyak digunakan di dalam pembuatan cendawan di seluruh dunia.

Data mengenai Plastik PP:
- kawalan cendawan yang maksimum sehingga serendah 50-100 gram per pengeluaran. (tujuan kitaran yang sistematik untuk keuntungan)
- pakai buang (mudah untuk mengasingkan bongkah yang bermasalah dan mengurangkan risiko jangkitan yang kketerlaluan)
- tahan panas
- tetapi tidak terlalu tahan dengan pengendalian yang kasar (mudah bocor)
- murah (mudah didapati)
- penjagaan yang mudah (tidak perlu beri perhatian selalu)

Plastik beg besar:
- pengeluaran boleh dilakukan secara besar besaran.
- namun perlukan kawasan yang sejuk (tidak sesuai untuk kawasan yang mempunyai suhu yang berubah-ubah) kerana saiznya yang besar memberikan impak kepada suhu di dalam bongkah. (Cth: apabila bongkah besar terdedah kepada suhu yang panas agak lama, ia perlukan masa yang agak lama juga untuk sejuk, jadi suhu panas yang terlalu lama boleh menyebabkan benih rosak). jadi lebih sesuai dengan negara yang bersuhu sejuk sepanjang masa) suhu juga memainkan peranan yang penting dalam kawalan spora perosak. dalam suhu yang panas, udara sekeliling berada di dalam keadaan yang kering, dan partikel-partikel seperti spora perosak, debu, virus, dsb akan menjadi ringan. dan tiupan agin yang lembut pun boleh membawa partikel-partikel ini ke mana-mana sahaja dan boleh melekat pada medium dengan mudah ketika proses suntikan atau pembuatan bongkah dilakukan
- memerlukan saiz steamer yang besar untuk bongkah yang banyak (kalau tong dram, mungkin boleh muat dua jer).
- hanya dipraktikkan oleh pengeluar yang mengeluarkan cendawan secara besar-besaran. (kalau pengusaha biasa pakai tong dram atau steamer yang boleh muatkan seribu bongkah standard, bilangan bongkah besar yang boleh dimuatkan dalam steamer itu hanyalah sedikit, jesteru menigkatkan peratusan bongkah rosak berbanding bongkah standard)
cth: satu steamer memuatkan 10 bongkah besar = 100 bongkah standard.
maka jika 2 bongkah rosak akibat penyakit yg xdapat dirawat, maka kehilangan adalah bersamaan 20 bongkah dalam satu proses.
- kebaikan ialah cendawan boleh dituai dengan kuantiti yang sgt banyak dalam satu tempoh tuaian. biasanya kaedah yang digunakan adalah jenis sekali tuai kerana pada masa tempoh rehat, plastik besar akan ditebuk di beberapa bahagian untuk cendawan keluar.
Bongkah terdedah (plastik dikeluarkan selepas matang)
- pengeluaran yang tidak seragam.
- pengeluaran yang banyak boleh dilakukan.
- penjagaan yang rumit kerana kelembapan bongkah sentiasa perlu dipantau (sangat tidak sesuai untuk negara yang bersuhu panas).
- mudah terdedah kepada penyakit.

Bekas plastik (sapa yang tak paham, anggaplah bekas plastik tu cam tupperware):
- Menjimatkan hanya dari segi kaedah penggunaan yang berulang(recycle).
- namun kos awal untuk membeli bekas boleh dianggap terlalu tinggi bagi pengeluar cendawan yang kecil dan sederhana.
- hanya dipraktikkan oleh syarikat besar dan memerlukan hampir 80% penggunaan mesin. (kalau kita la kan, agak-agak sapa la yang nak basuh bongkah bekas plastik ni lepas guna ye? :P)
- mesin yang biasa digunakan jika menggunakan bekas plastik adalah seperti mesin pembancuh, mesin pemadat(penghentak), mesin steamer besar (autoclave), mesin pembersih (buang medium yang telah digunapakai).
- kurang tenaga pekerja, tetapi modal sangat besar terpaksa dilaburkan untuk mesin.
itu antara jenis bekas yang saya tahu, so kalau ada kaedah lain, para pembaca lain boleh lah utarakan. kalau ada percanggahan di dalam penerangan saya, sila betulkan"

Tu la jawapannye...puas hati? Sy okey dgn penerangan...da paham knp bag plastik menjadi pilihan..

In my next entry kite akan cube ceter psl cuka kayu, EM, penyakit, etc...ni semua aku tengah belajar nak tau n fahamkan..sambil membuat sambil belajar..all in 1..

Sekian...jumpe lagi in the next entry





Newer Post Older Post Home