Kenape eh gune bag plastic PP ni…susah nak cari tau, kalo setakat area aku kat Ijok tu mmg tak dapat la. So far aku beli dr Kak Wan jer…cost nye 1kg lebih kurang RM9.50. Pastu tak boleh ke buat dalam bekas lain selain plastik ni? Pakai plastik yg besar n buat mulut bag cendawan tu besar sure lagi byk hasil nye yang keluar kan? Gune bekas plastic yg ala-ala tupperware tu ke tahan panas and boleh recyle gak….mmmm puas surfing and finally aku jumpe 1 web yg turut menanyekan soklan yg same gitu n yg best siap ade jawapan di beri oleh seorang pengusaha cendawan juga http://myspores.blogspot.com/ yang telah merungkaikan persoalan ni…jawapannya ialahhhh (ni aku mmg cut n paste, tanpa editing) ;

"Memang betul pengusaha-pengusaha di luar sana menggunakan palbagai kaedah di dalam pembuatan bongkah seperti plastik besar, tanpa bekas, bekas plastik dan sebagainya sebagai bekas @ “container” medium. saya cuba beri jawapan berdasarkan pengamatan saya. antara sebab musababnya ialah faktor kos, tempat, dan kuasa pengeluaran. apapun setiap bekas ada kelebihan dan kekurangan

Plastik PP:
anggaran medium lebih kurang 1 kilogram. harga plastik PP berada di dalam lingkungan murah. merupakan jenis plastik yang paling banyak digunakan di dalam pembuatan cendawan di seluruh dunia.

Data mengenai Plastik PP:
- kawalan cendawan yang maksimum sehingga serendah 50-100 gram per pengeluaran. (tujuan kitaran yang sistematik untuk keuntungan)
- pakai buang (mudah untuk mengasingkan bongkah yang bermasalah dan mengurangkan risiko jangkitan yang kketerlaluan)
- tahan panas
- tetapi tidak terlalu tahan dengan pengendalian yang kasar (mudah bocor)
- murah (mudah didapati)
- penjagaan yang mudah (tidak perlu beri perhatian selalu)

Plastik beg besar:
- pengeluaran boleh dilakukan secara besar besaran.
- namun perlukan kawasan yang sejuk (tidak sesuai untuk kawasan yang mempunyai suhu yang berubah-ubah) kerana saiznya yang besar memberikan impak kepada suhu di dalam bongkah. (Cth: apabila bongkah besar terdedah kepada suhu yang panas agak lama, ia perlukan masa yang agak lama juga untuk sejuk, jadi suhu panas yang terlalu lama boleh menyebabkan benih rosak). jadi lebih sesuai dengan negara yang bersuhu sejuk sepanjang masa) suhu juga memainkan peranan yang penting dalam kawalan spora perosak. dalam suhu yang panas, udara sekeliling berada di dalam keadaan yang kering, dan partikel-partikel seperti spora perosak, debu, virus, dsb akan menjadi ringan. dan tiupan agin yang lembut pun boleh membawa partikel-partikel ini ke mana-mana sahaja dan boleh melekat pada medium dengan mudah ketika proses suntikan atau pembuatan bongkah dilakukan
- memerlukan saiz steamer yang besar untuk bongkah yang banyak (kalau tong dram, mungkin boleh muat dua jer).
- hanya dipraktikkan oleh pengeluar yang mengeluarkan cendawan secara besar-besaran. (kalau pengusaha biasa pakai tong dram atau steamer yang boleh muatkan seribu bongkah standard, bilangan bongkah besar yang boleh dimuatkan dalam steamer itu hanyalah sedikit, jesteru menigkatkan peratusan bongkah rosak berbanding bongkah standard)
cth: satu steamer memuatkan 10 bongkah besar = 100 bongkah standard.
maka jika 2 bongkah rosak akibat penyakit yg xdapat dirawat, maka kehilangan adalah bersamaan 20 bongkah dalam satu proses.
- kebaikan ialah cendawan boleh dituai dengan kuantiti yang sgt banyak dalam satu tempoh tuaian. biasanya kaedah yang digunakan adalah jenis sekali tuai kerana pada masa tempoh rehat, plastik besar akan ditebuk di beberapa bahagian untuk cendawan keluar.
Bongkah terdedah (plastik dikeluarkan selepas matang)
- pengeluaran yang tidak seragam.
- pengeluaran yang banyak boleh dilakukan.
- penjagaan yang rumit kerana kelembapan bongkah sentiasa perlu dipantau (sangat tidak sesuai untuk negara yang bersuhu panas).
- mudah terdedah kepada penyakit.

Bekas plastik (sapa yang tak paham, anggaplah bekas plastik tu cam tupperware):
- Menjimatkan hanya dari segi kaedah penggunaan yang berulang(recycle).
- namun kos awal untuk membeli bekas boleh dianggap terlalu tinggi bagi pengeluar cendawan yang kecil dan sederhana.
- hanya dipraktikkan oleh syarikat besar dan memerlukan hampir 80% penggunaan mesin. (kalau kita la kan, agak-agak sapa la yang nak basuh bongkah bekas plastik ni lepas guna ye? :P)
- mesin yang biasa digunakan jika menggunakan bekas plastik adalah seperti mesin pembancuh, mesin pemadat(penghentak), mesin steamer besar (autoclave), mesin pembersih (buang medium yang telah digunapakai).
- kurang tenaga pekerja, tetapi modal sangat besar terpaksa dilaburkan untuk mesin.
itu antara jenis bekas yang saya tahu, so kalau ada kaedah lain, para pembaca lain boleh lah utarakan. kalau ada percanggahan di dalam penerangan saya, sila betulkan"

Tu la jawapannye...puas hati? Sy okey dgn penerangan...da paham knp bag plastik menjadi pilihan..

In my next entry kite akan cube ceter psl cuka kayu, EM, penyakit, etc...ni semua aku tengah belajar nak tau n fahamkan..sambil membuat sambil belajar..all in 1..

Sekian...jumpe lagi in the next entry





Setelah entry pengetahuan asas mengenai cendawan semalam, hari ni tibelah enrty untuk belajar mengenai proses penanaman cendawan yang betul (actually da update dlm entry2 lepas..cume penyampaian kurang teratur n entry ni khas utk mereka2 yg tak sempat dan tak de mase nak go thru 1 by1 entry aku psl proses penanaman cendawan tu)


Pendahuluan

Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi, ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakkan.

Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.


PROSES PENANAMAN CENDAWAN

1. PENYEDIAAN BEG CENDAWAN ATAU BONGKAH

Bahan-bahan:
Habuk Kayu Getah
Dedak Halus
Kapur Pertanian

Peralatan:
Beg Plastik PP (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm) istilah lain ‘neck’
Penutup

Cara-cara membuat bag cendawan:

  1. Gaulkan semua bahan (habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian) pada kadar 100:10:1
  2. Campurkan air sehingga campuran bahan menjadi lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
  3. Masukkan campuran bahan yg telah sebati ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
  4. Pasangkan gegelang PVC (neck) dan tutup dengan penutup


2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN ATAU BONGKAH

Peralatan:
Tong Drum
Set Dapur Gas

Cara-cara mengukus:
  1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu sebagai pelapik pelantar dan dawai jaring atau kayu sebagai pelantar) ke dalam tong drum.
  2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
  3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
  4. Kukus 5-6 jam.
  5. Sejukkan sebelum disuntik benih.


3. PENYUNTIKAN BENIH

Peralatan:
Benih Cendawan
Pencungkil Benih
Surat khabar lama
Getah gelang

Cara-cara menyuntik benih:
  1. Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
  2. Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
  3. Buka mulut beg cendawan (cabut penutup) dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan menggunakan kertas surat khabar lama yg telah dipotong dan diikat dengan getah.
  4. Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung daricahaya matahari)
  5. Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-50 hari selepas disuntik benih).


4. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI

  1. Setelah meisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
  2. Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
  3. Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan., bersihkan sisa2 pangkal cendawan yang tertinggal dan rehatkan bag cendawan dengan cara menutup mulut cedawan dengan penutup selama 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering an panas.
  4. Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil
  5. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak).
  6. Jalankan penjagaan seperti no.3 dan seterusnya.
  7. Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
  8. Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur sekeliling pokok sebagai baja organan.


5. MEMUNGUT HASIL

  1. Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikankelembapan dan merendahkan suhu.
  2. Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
  3. Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

Note : (Hasil rujukan daripada http://mush-room.blogdrive.com/ , terdapat sedikit
editing yang da aku buat utk menyesuaikan dengan pengalaman yg da aku lalui)


27 April, 2009


Maklumat ni aku copy n paste dr website http://cendawandungun.blogspot.com/
Khas utk mereka2 diluar sane yg baru2 menceburkan diri dlm bidang ni and masih blur2 mcm aku…antara rujukan yang aku suke refer mase nak buat cendawan ni..adalah website ni…jelas sempoi…meh share…harap owner cendawandungun tak marah la aku cut n paste maklumat dr website dia ni…khas utk smua pengusaha cendawan yg baru berjinak2 dan masih mencari2 maklumat:-

Prosedur Memulakan Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu

1. Kenalpasti lokasi tapak bangsal cendawan..tiada berlaku banjir.

1,000 bongkah 2m x 3m
2,000 bongkah 3m x 4m
3,000 bongkah 4m x 5m
4,000 bongkah 5m x 6m

2. Siapkan Bangsal cendawan, rak, dan peralatan

3. Beli bahan mentah

Dinasihat supaya beli bongkah matang (sedia dibuka) bagi yang baru nak mula projek. Sekurangnya 1000 bongkah matang supaya anda boleh belajar selok-belok pengeluaran hasil cendawan tanpa mengeluarkan modal yang banyak.

4. Penjagaan Rumah Cendawan

Sentiasa bersihkankan rumah cendawan untuk kurangkan penyakit dan serangga. Monitor kelembapan dan cahaya.

5. Periksa jangkitan kulat perosak dan penyakit Periksa paling kurang 2 kali seminggu.

6. Menuai hasil, kutip cendawan 2 atau 3 kali sehari utunuk mendapat cendawan yang muda dan segar.

7. Jualan dan pemasaran

Jual terus atau supply kat hotel dan kedai makan. Sentiasa respon kepada harga dan permintaan pelanggan.

8. Simpan rekod

Rekod penting untuk kita tahu keuntungan yang diperolehi dan kos2 yang terlibat.


Harga Pasaran

Ada pengusaha tertanya-tanya…berapa harga nak jual? Kat mana nak jual? Tu maslah biasa bagi yang baru nak mula tanam cendawan ni…nak jual mahal takut tak laku. So, ni ada tip untuk anda…

Berapa harga nak jual?


• Harga pasaran RM 8-15 sekilo….siasat dulu harga sekita kawasan anda..jika pengusaha lain jual RM10/kg..anda kena la jual sama jugak..tak perlu nak jatuh harga orang lain

• Boleh jual pack dgn plastik saiz 7x10x06..1 pack 100g atau 1 pack 80g…anda boleh jual 5 pack RM5 atu 6 pack RM5..bergantung kepada berat tiap pack.
Kat mana nak jual?

• Kedai makan atau kedai tomyam
• Sekolah
• Restauran
• Pasaraya
• Hotel
• Kedai runcit basah
• Pasar tani
• Pasar malam
• Pasar basah
• Jiran atau kawasan rumah anda

Anda juga perlu kenal pengusaha lain sekitar anda kerana jika anda tidak cukup bekalan anda boleh beli dengan mereka atau sebaliknya supaya pelanggan anda tidak lari. Digalakkan buat kerjasama dengan pengusaha lain dari segi pasaran dan harga supaya masing2 boleh cari makan.


Masalah dan cara penyelesaian

Penanaman cendawan juga mengalami masalah yang boleh merugikan dan melemahkan semangat pengusaha. Tetapi sebarang masalah mesti ada sebab dan cara untuk menyelesaikannya. Disini terdapat beberapa masalah yang dihadapi, punca dan cara untuk mengatasinya.

Mesilia gagal untuk berkembang
Air klorin atau air kotor -----guna air telaga atau peram air paip semalaman
Bahan mentah rosak---- pastikan bahan mentah elok dan segar
Kukus tidak sempurna----pastikan kukus 7-8 jam
Beg media panas----biarkan sejuk baru suntik benih
Benih tidak berkualiti
Lupa nak suntik benih

Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan
Formula media tidak betul----ubah formula, periksa pH, habuk kayu, dedak
Serangga, kulat perosak, virus, bacteria dan hama---periksa proses kukus, suntik benih, dan kebersihan rumah cendawan
Benih tidak berkualiti---dapatkan dan pembekal lain
Cendawan terbentuk, tetapi payung tidak terbentuk
Cahaya tidak cukup---ubah cahaya dalam rumah cendawan
Pengudaraan tidak sempurna----tingkatkan pertukaran udara luar dan dalam

Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembang
Masa peram terlalu lama
Cahaya kurang
Media campuran berkualiti rendah
Kadar pentumbuhan mesilia kurang—benih kurang
Benih tidak berkualiti

cendawan gagal tumbuh pada pusingan kedua
formula campuran tidak betul
benih tidak berkualiti

saiz cendawan kecil
terlalu banyak anak cendawan tumbuh
formula tidak betul
benih tidak berkualiti

cendawan ringan—periksa kelembapan semasa gaul media
cendawan cepat rosak
cendawan dikutip terlalu tua—kutip yang muda sebelum tepi berombak
cendawan suam sebelum pek—sejukkan dulu baru bungkus dalam plastic
cendawan lembap-cendawan disimpan terlalu lama

bintik2 kuning pada cendawan
serangan bakteria---periksa kelembapan dan rumah cendawan 80-85%



15 April, 2009

BoNGKah SenDRI BatCh kE 3 ~ SuNtIk BeNiH

Ade 1 group lagi bongkah yg terbengkalai dalam tong drum..bongkah2 tu smua considered as separuh masak…semlm kami kehabisan gas. Tak tau la boleh ke tak main sambung2 kukus ni…kalau tak cube mane nak tau kan (ni actually nak sedapkan hati sendri..pdhal cuakkkk wehhh kot2 bongkah tu bakal tak menjadi n mane tau bakteria2 yg ade tu idup balik kan..) aku blom jumper entry2 dlm blog lain kes sambung kukus ni mcm ni. Belajar dari experience…ape2 nnt aku update hasil bongkah sambung kukus ni mcm mane yer. Kalau nak surf psl kes sambung kukus ni mauu gak esok lusa baru dpt..jd kami terus kan juga la utk sambung kukus je bongkah2 tu. Tengahari tu pria da beli gas n mula mengukus.

Bongkah-bongkah yg dikukus pada hari isnin tu da terlebih sejuk…sepatutnye plan semalam nak suntik benih, tp tak sempat..so petang ni Pria memulakan tugasan menyuntik. Bongkah-bongkah yg da siap disuntik tu kami biarkan dulu dia dalam khemah..maybe esok baru transfer ke rumah peram.

Owww ni la rupe bilik suntik kami...ehehehe real kan.




16 April, 2009

TeMpAhAN CenDaWAN SeGAR

Pagi2 ni sebelum pi keje, kami bangun awal sbb nak sediakan tempahan cendawan segar dr kawan office. Thanks to TINA yg buat tempahan..dia tempah 13 pack. Bukan packing kecik yer..ni packing besar..




7 – 15 April, 2009


Tak byk progress baru yg berlaku dlm tempoh ni…smua activity berjalan seperti biase..maintenance rumah cendawan..petik packing jual..selain debaran menunggu apekah bag media buatan sendri menjadi ke tak? Kalau tgk dari luaran..kebanyakan bag da mula menghasilkan miselium..ade jg yg kene penyakit…hijau dan jg oren. Tak byk la..dalam membilang hari nak mencukupkan tempoh peraman ni..pasti ade yg tertanye2 kebaikan membuat bongkah sendri dan membeli bongkah separa matang. Kami sendri masih meneka2 mane lebih baik sebenanye? Ini disebabkan kami msih belum tau bagaimanakah hasil bag kami sendri..secara umumnye disini kami rumuskan persoalan itu.


MEMBELI BAG SEPARA MATANG VS MEMBUAT BAG MEDIA SENDIRI

Beli bag separa matang:-

  • Kite tak perlu memikir mane nak cari bahan..murah ke mahal ke bahan2 tu?
  • Tak payah susah2 nak menggaul, mengukus, membenih. Kenapa aku ckp tak payah susah2, menggaul ni selain lenguh n sakit pinggang segala…tak payah pening nak agak2 cukup air ke cukup sukatan ke? Mengukus….huh bkn ceter sejam dua proses ni..koman2 pon 6 jam..gas pon bukan murah…1 tong gas RM24, dapat kukus bper byk je bongkah utk 1 tong gas. 1 tong drum tu kalau pakai tutup rata maybe dlm 97 bongkah, kalo tutup gune separuh tong drum yg dipotong 2 dpt la 100 lebih maybe dlm 115..ni ikut creativity nak pakai tutup mcm mane…pastu bkn bleh main tinggal jer kalau kukus..kene check jg demi keselamatan..api jgn buat main. Kene check jg air kukusan tu takut kering. Membenih…nak cari benih pon bukan senang..benih ni takde jual kat kedai runcit..pastu nak agak2 1 bongkah bper byk benih nak masuk…tu smua kene blaja…terlebih benih tak leh..terkurang ape tah lg…smua faktor2 ni memberi kesan pd bongkah yg dihasilkan.
  • Tak payah sediakan bilik suntik n bilik peram
  • Bongkah beli tinggal tunggu tuai jer…seminggu dua da kuar hasil…ikutla kematangan bongkah yg kite beli.
  • Kadar bag sakit juga tak tinggi.
  • Kalo beli sket bleh la letak dlm rumah jer..kat dapur kea tau mane2 yg bersih.
  • Kalo umah kpg yg jenis ade tangga..leh la letak bwh umah..buat para2 n letak net..siap.
Buat bag sendiri :

  • Mula2 sekali dapatkan bahan2 menghasilkan bag media tu: habuk, dedak, kapur, benih
  • Murah n lebih jimat dr beli bag separa matang
  • Pastikan ade ruang utk memeram & menyuntik benih.
  • Kalau buat secara kecil2an buat sendri tak payah panggil pekerja…msuk kan bahan kedalam plastic bleh minta tlg adik2 atau anak2 buat sambil main2..seronok jg
  • Bile da expert buat bag ni…kite pon bleh jd pembekal bag media separa matang kpd pembeli..secara tak langsung dpt juga menghasilkan pendapatan.
  • Kite juga semakin matang dalam menangani penyakit yg menyerang bongkah 

Kesimpulan :

Setiap satunye ade kebaikan dan keburukan…jd pandai2 kite la nak yg mcm mane n bergantung jg pada budget masing2..sy cadangkan bg yg baru nak mula…mulakan dgn membeli bag separa matang. Proses lebih mudah dan latih2 la diri utk membuat maintenance bag2 siap dahulu, kebersihan, lihat bagaimana cendawan tumbuh..belajar membersihkan bongkah, merehatkan bongkah.

5 April, 2009 HarVEsT

Sejak bag2 kami tu mula mengeluarkan hasil...aku noticed beberapa perkara psl cendawan ni..maybe ni experience org baru mcm kami bersama bag yg baru pertama kali mengeluarkan hasil..mula2 dulu mase aku meng'google' kesah cendawan..dlm hati 'mmm ok gak..tak berat kejenye...tak byk kejenye' boleh la buat nie. Hah skang, ade ketikanye mcm tak cukup mase..ade je bende nak buat...even tho tak berat keje nye...tp remeh la jugak..mcm kes harvest ni..psl bongkah kami tak byk kan, jd seboleh2nye kami sentiase mengawasi progress cendawan tu dr mula kuar putik sebesar mancis..pg2 buta tgk kecik jer...nnt ptg da mekar sket...kalo terlepas pandang tau2 da kembang. Cendawan ni bile kelopaknye da mula berombak tak elok..kirenye kalo nak packing tu da kureng cun la. Bab memetik ni..kdg2 subuh2 kami petik...nnt kul 11am petik lg..nnt ptg petik lg, penah tgh mlm pon kami petik gak (ni la advantagenye buat keje depan umah, bile2 mase leh jenguk)..semata2 nak memastikan rupa paras nye elok tak terlalu kembang dan berombak. Nampak cam ok kan, tak jd masalah sbbnye memetik tu bkn sampai 1 jam pun, bag sket. Tp kalo sehari bekali2 pastu hari2..makk aiii tension tau..nak plak tgh syok2 layan CSi ke, True Blood ke..Mertua Vs Menantu ke...eee geramnye. Sbbnye nak petik lps show da larut malam, nak petik sblm show blom matang sgt. Show2 kat tv ni kdg2 bile tibe hari fav kan jenis show nye berturut2 kite nak tgk..lps AXN, TV3, lpas tu TV7..RIA..


PAcKINg

Bab packing...mcm kami ade buat 100g punye pack..kalo dpt cendawan yg sebesar tapak tangan camner..tu beratnye da cecah 30
-40g..agak2 bper keping dlm pack tu nanti? Mase ni creativity diperlukan..kalo besar2, kite combine la dgn yg comel2 cute2 , tp jgn le yg besar batang mancis pon sumbat, susun tu agak2 la..jgn letak smua besar gedabak tu 1 pack...sah2 100g tak sampai 4 keping. Pembeli ni bukan smua same..ade org suke tgk quantity..ade org tau ikut berat..kalo ikut pembeli mcm aku nak yg nampak byk n sehat2..mane nak dpt kalo 100g kan. Upon request ade buat 250g, 300g. Standard anta kedai buat mase ni 100g. Pastu kami ni gune penimbang buat kuih je..belum ade duit nak beli timbang besar..jd cuak la kot2 timbangan tak tepat. Kebiasaannye packing 100g tu mesti ade dlm 110-120g.


6 April, 2009 PiNDaH LAgI

Hari ni MC…memang rase sengal2 n sakit perut pon yer gak. Tp memikirkan ade dekat 800 bongkah nak kene pindah ke rumah baru tu…kuatkan la semangat. Bag asal mmg la ade 800, tp da tolak kene kulat hijau, kulat hitam, oren..etc…adela kot antara 770-785…hmmm banyak gak tuhhh. Sebelum mula mengangkut bongkah2 tu, kami petik dulu cendawan2 yang da matang..tkut nanti rosak plak mase angkut2 tu. Yang angkut bag2 tu kami berdua jer...mula2 angkut la gune keter walaupon jaraknye bper tapak jer…lame2 rase leceh plak…nak isi dlm keter pastu nak angkut kuar dr keter…aiyooo byk keje la.
Akhirnye angkut masuk kotak..n jln bw ke pondok baru. Tak terkire dah baper kali ulang alik..seb baik la dekat..tp skit worr badan. Pastu nak susun plak ke rak. Mmg hampir 1 hari tu la keje kami.

Hari ni tugas pertama kami, beli kayu lagi utk buat rak baru di pondok cendawan baru yg kami nak buat @ garaj keter. Kerja ni da tak boleh nak delay2 sbb kesian kat jiran yang terpaksa hidu bau bag peram kami tu…udara menyenak kan..consider la jiran tetanggakan. Walau pon jiran kami tu tak penah komplen ape2 so far, tp kami sendri yg rase sangat2 tak sedap hati…sebab bau peram tu bile di bawa angin…perghh..imagine bau gandum peram…takut nanti ade yang mabuk dengan bau tuh.

Project kami ni memang nampak tak terancangkan...ntah baper kali nak tukar umah…mau gak terencat bongkah2 tu nanti. Dah mmg ade guideline drpd blogger2 tu perkara2 basic tentang ape yg kene ade kalau nak buat project ni…tp tu la kan…bile modal takde ni…kite pon buat ikut ape yang ader..hasilnye gini la duk pindah2. Untuk panduan bakal pengusaha cendawan kecil2an kat sini aku nak bgtau lg sekali psl keperluan asas yg kene ade bile nak initiate project ni :

- 1 rumah tuai
- 1 rumah peram
- 1 bilik suntik
- 1 kawasan utk membuat/membancuh bahan2 bag media tu nanti
- Rak-rak utk rumah tuai & kalau nak buat rak utk rumah peram pun boleh…kalau tak
nak boleh la gune daya creativity masing2 utk menggayakan mcm mane nak susun
bongkah2 tu nanti.


** ada juga nampak dalam website mane tah…bilik suntik merangkap bilik peram..tu mesti bilik suntik dia besar aku rase.
** size rumah tu ikut la budget masing2…bahan2 buat rumah pon same..kalau ade kayu2 terpakai boleh gune…kalau tak jd la mcm aku ni ha beli sikit2.

Mula2 mase kami buat pondok cendawan tu memang da ade dalam kepala ni bile kite buat bag sendri mane nak peram? Nak suntik benih plak kat mane ni? Tapi mmg takde modalkan..jd persoalan tu kami ketepikan. Kami main buat jer ape yang ade selebihnye kemudian pikir. Lagi pon memang tak terpikirla kene buat bag secepat ni.

Lepas kayu sampai, aku n pria memulakan operasi buat rak dulu kat garaj tu. Kami berdua ni la arkiteknye. Mula2 kami ukur keluasan kawasan…lps tu estimate la bper agaknye rak yg bleh buat dlm garaj ni…pastu smua ni aku lukiskan atas kertas. Bile da puashati dgn lakaran tu…both of us memulakan tugasan menukang (aku ni sejak2 berjinak2 dgn keje cendawan ni da reti nak pegang tukul tau..da tau dah paku ni ade berjenis2, da tau da kayu ni ade size n jual ikut ft, tau da mane nak cari net itam tu..tau dah rege simen,kayu etc..kalau dipikir, mmg tak sangka la aku reti bende2 mcm ni).
Kami beli 40 batang kayu 1’ X 2’ @ 10ft kos lebih kurang RM140.00. Kami berjaya menyiapkan tugas membuat rak petang tu…gigih ni taww. Resultnye kami berjaya menghasilkan 2 set rak depan belakang + 1 rak tepi. Kami tidak menggunakan kayu size lain pon utk tiang…da kayu tu je yang ade…itu la tiang itu la pelantar nye. Kayu sepanjang 10'ft tu bile jd pelantar kami gunekan 3 tiang. Tiang hujung, tengah n hujung lagi 1. Mase buat plan rak ni, kami tak terpikir pon kalau jarak pelantar diantara tingkat tu melebihi 3ft akan mendatangkan masalah kemudian hari. Panduan..jgn jarakkan terlalu tinggi antara pelantar sbb nanti bile bongkah disusun tinggi2 boleh tumbang..ye kami da kene...nanti ceter psl bongkah runtuh ni dlm next entry yer.


Lepas rak siap….aku sembur racun serangga kat keliling garaj tu sebelum pasang net..situ ade byk anai2..ni mak yg bgtau. Tak tau la nnt ape ceter..skang yg penting cube dulu. Semangat ni….


The next day…tugasan bersambung lagi..pria pasang net…memang semangat betul la pria ni..aku da surrender. Tengok2 je n tolong mane yang patut. Rumah baru ni kire ok la kot..size lebih besar..jarak antara rak juga tak terlalu rapat..jd sure pengudaraan lebih baik sepatutnye (sys pengudaraan yg baik mmg diperlukan utk cendawan yer) . Yang pasti rumah baru ni boleh la nak msuk 2-3 org sekali…yg lame sesak! Kalau kene badan sehat seksa nak msuk ke 2nd row n 3rd row tuh..sempit sgt2.

Tugasan kali ni aku memang sengaja tak bgtau MALINA n P TAM, sbb da malu ni bper kali seh mau minta tolong. Mcm tak patut la pulak kan…seb baik tenaga keje kami berdua cukup..SURPRISE MALINA kami da ade umah baru…ehehehehee

Newer Posts Older Posts Home